Skip to main content

Pengalaman Mengandung : Lelaki ka Perempuan.

Kandungan aku dah masuk 27minggu.
Sepatutnya aku dah boleh tau jantina anak.
Tapi aku belum lagi sahkan dgn buat ultrasound.
Nantilah laki aku balik.
Aku nak copy paste drpd blog kawan aku NI. dan cerita pengalaman aku.

Kadar degupan jantung
Bayi lelaki - kurang daripada 140 degupan seminit
Bayi perempuan -  lebih cepat daripada 140 degupan seminit
Pengalaman aku : Masa Wiya masuk mggu ke 25 kadar degupan jantung 142bpm. masa baby dlm rahim ni 23wix,kdr degupannya 150bpm.jadi lebih kurang ja..
Bentuk perut
 Bayi lelaki - memboyot ke hadapan dan kelihatan 'tajam', perut lebih 'rendah'
Bayi perempuan - perut kelihatan lebih 'bulat', lebih 'tinggi'
Pengalaman aku : aku tak pasti sbb aku rasa sama ja.Masa ngndung Wiya, klu p kt kedai baby yg tokey dia ppuan,mesti depa kata perut ni bentuk baby laki.tapi kalau tanya orang tua kat kg,mmg kata perempuan.yg kuaq pon perempuan.

Masa ngndung Wiya 7 bulan.still cergas jalan ke mana2....
tapi la ni,baru nak masuk 7 bulan,aku takut nak jalan2..takut pengsan...
mungkin sbb laki xdak kot...
barang2 baby tak ready lg ni...
takut tak larat nak jalan ja.tapi laki balik ni,aku nk gagahkan jalan gak..siapkan sumanya seklaigus.insyaAllah.
aku rasa bersalin awai kali..n aku rasa time dah sarat nanti,aku tak larat dh nk jln2...
tak macam masa wiya.BERLARI PON BOLEH!!!!

Wajah
Bayi lelaki - sangat berseri-seri ketika hamil.
Bayi perempuan - tidak berseri-seri (konon bayi perempuan telah mengambil seri ibu)
Pengalaman aku : Masa ngndugn wiya,aku memang selekeh tahap gaban sampai ada yg kata aku p keja tak mandi.hahahahhaha.....tak lawa langsung.(bajet lawa,ko ada?).hahahahhaa....
tapi ngndung kali ni,aku rasa cam nak melawa..leh lak suh adik aku belikan utk aku foundation maybeline yg dia duk paki sbb aku nak pakai gak...siap beli konteklens kaler lg nk pakai.hahahahha.....over  hang ni.
Siap sembuq perfume lagi..terasa cam tak mandi kalau aku tak pakai perfume.hahahaha


First time beli maybeline tu ha....bagai2 ngndung kali ni..

 Alahan
Bayi lelaki - tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertamakehamilan. 
Bayi perempuan - mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertamakehamilan.
Pengalaman aku : Masa nmgndung wiya,prestasi aku cemerlang la.cam tak ngndung pon ada aku rasa.hehehehehe...tau2 ja berat naik mencanak-canak smpi kena marah kat misi.
Tapi kali ni,tak lalu makan,berat pon naik sekilo ja sebulan.Owh..posa kali ni pon tak leh nak penuh sbb ketidaklaratan aku.sampai sekarang,dah nk masuk 7 bulan aku masih rasa tak larat n ada makanan tertentu yg aku tak boleh nk makan.
Payudara
Bayi lelaki -  kanan lebih besar
Bayi perempuan - kiri lebih besar
Pengalaman aku : .......
Mengidam
Bayi lelaki -  mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dandaging
Bayi perempuan - mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
Pengalaman aku : Mengidam?..masa aawai ngndung wiya n aku taktau lg aku ngndung,aku nak sgt mkn pulut durian. Pastu sepanjang kehamilan aku,aku mmg kena makan gula2 manis.kena makan.kalau dak rasa cam tak lengkap hari aku hari tu.
yang ni lak,aku rasa besa2 ja...cuma bezanya,masa wiya,aku hari2 makan ayam.Kena makan.Yg ni,aku takleh makan ayam.aku tak lalu langsung walaupun tingin nk makan kepci.siap sanggup beratuq nk beli tp bila dah bawak balik umh,aku tak makan pon.takleh makan.rasa camna tah....kali ni aku byk makan ikan n daging...
Suhu badan
Bayi lelaki -  Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
Bayi perempuan - Suhu badan lebih panas
Pengalaman aku : Masa mengandung WIya dan sekarang aku tetap rasa panas....rasa nak telanjang ja...huarggggghhhhhhh.....ngadu kat laki aku dia kata kena pasang aircond tapi aku takmo...nagabehkan duit karen ja..membazir...tak tahan panas..tapi bab bil letrik,aku rasa aku boleh tahan kot.hahahahahhaa
Cincin perkahwinan
Bayi lelaki -  Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
Bayi perempuan - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
Pengalaman aku : Tak penah try
Tekstur kulit
Bayi lelaki - Kulit menjadi kering
Bayi perempuan - Kulit menjadi lebih lembut
Pengalaman aku : Masa ngandung wiya aku rasa kulit muka aku licin,lembut n lawa.hahahaha...walaupun nampak cm tak mandi.ahhahahaha...
tapi ngndung yg ni,awai ngndung hari tu smpi 5 bulan,kulit muka aku teruk,berminyak n jerawat..pening kepala aku sbb jerawat batu kuaq belambak kat hujung2 rambut kt dahi tu...
Rambut
Bayi lelaki -  menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil
Bayi perempuan - menjadi lebih nipis dan kering.
Pengalaman aku : Masa ngnddung wiya, Aku rasa rambut aku pada tahap yg terbaik.Hitam berkilat,kuat,tak luruh,bila kat surau,ada la yg puji.bukan nk bangga tapi nk cerita pengalaman.tapi utk yg kali ni,rambut aku masih lg luruh walaupun mmg dah luruh byk masa lepas lahir wiya n aku kata,dah ngndung kedua ni,mesti rambut aku dah tak luruh,tapi smpi sekarang,rambut aku masih lagi luruh.huuhuuuuuuu..tak berseri mcm ngndg wiya dulu....tak tebal pon...besa2 ja...
Posisi tidur
Bayi lelaki -lebih kerap menghadap utara, ke kiri
Bayi perempuan - lebih kerap mengjadap ke selatan, ke kanan
Pengalaman aku : Masa ngndung wiya n sekarang,aku tdoq mengadap kipas.hiihhihihihihiih.....aku tdoq ngiring kiri tak kena,kanan tak kena,aku nk telentang,aku takut bgun pagi sakit pinggang lak.tapi disebabkan ngndgn kali ni aku kerap jaga malam,bila terjaga aku sedaq aku telentang.hehehehehee
Tanda-tanda lain
Bayi lelaki - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
Bayi perempuan -  Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”
Pengalaman aku : Haaaa....Wiya cakap 'abah' dulu baru 'mama' smpi aku geram padahai hari2 aku yg ngadap dia.hahahahahaha..

 Bayi lelaki - Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
Pengalaman aku : Wiya mmg nampak cam laki sbb dia xdak rambut...majoriti ingat laki bila tanya nama,depa terkejut "la...ingatkan laki"





Bayi perempuan - Anda lebih moody drpd biasa
Pengalaman aku : Aku tak ingat(benda tak elok takyah kenang.hahaha)..
tapi aku ingat aku lebih suka gelak.Sampai beranak ja wiya,wiya mmg anak yg suka senyum n gelak.hehehehehehe..rasa cam tak caya masa dia kat hosp kena kuning,aku ada la amek 1st smile dia..ehhehehehehe..

Ni gambaq first time yg pertama wiya senyum.
Aku tunjuk kat mama abah aku depa tak caya..
depa kata masa ni wiya nak bersin kot.
hahahahahahhahaha
masa ni kat wad lg..wida demam kuning.


Malu2 senyum..tapi memang wiya anak yg suka gelak n senyum...
Sebab tu aku percaya emosi ibu masa ngndungkan anak ni,berkait dgn emosi anak..
jagalah emosi na ibu2 yg mengandung...


Bayi lelaki - lebih mudah diserang sakit kepala
Pengalaman aku :aku tak ingat masa ngndung wiya.tapi kali ni mmg aku senang sakit kepala.satu sebab jerawat nak tumbuh. tapi sekarang ni kerap sakit pala maybe sbb tahap kerabunan mata aku makin teruk n aku masih belum tukaq power spek aku..nak tunggu laki aku balik gak....
Psssstt.....lagi kurang seminggu laki aku nak balik..Hoyeayyyyyyy!!!!...
tak sabaq nak scan baby n tgok jantina baby ngn asben.

Agak2,Baby laki ka pempuan ha....
Aku dah ada nama untuk kedua2nya.
hehehehehe.....


13 comments

Popular posts from this blog

AKU ISTERI ASKAR

Apa aku nak cakap mula2 ha??isi dah ada ni..pengenalan lak tak reti.cikgu ajaq buat karangan kena ada pengenalan yg akan gambarkan keseluruhan cerita selepas ni.hmm..aku lemah cket...seb bek ni blog.hehehehe..so,aku hentam ja la.
Xdakla..camni..aku baru ja setahun tiga bulan seminggu dan tiga hari menjadi isteri kepada Mohd Noor Ismail.Dia askar.hehehehe...nk jugak bgtau sbb ni la isi cerita aku.jadi,secara rasminya,start 20.11.2010 aku dgn secara rasminya menjadi ISTERI SEORANG ASKAR.
Kami tak tinggal sama..dia d kem dia.aku di umah sewa aku d serdang.masa mula sebelum ada anak,aku la ulang alik tiap2 hujung minggu p sana.Bila dah ada anak ni,susah cket aku nk gerak sorg kan.so,asben la kena mai cni.
Masa mula2 kawen,aku balik sana,aku sangat2 la tak memahami kerja suami aku.kerja apa sampai tgah malam kan??orang len kerja jugak..kadang2 tak balik umh utk mkn tgari.Kena duty 12 jam..kadang2 24jam..tu tak kira kena standby lg..klu ada ADMIN lg..cari orang.sepanjang setahun lebih aku k…

Pengalaman Mengandung:Uri Di Bawah

Edited 29/3/2017 - Disebabkan ada yang bertanya tentang tempat urut,sy nak la bg tau..sy mintak maaf sbb mak mertua sy cakap,tukg urut tu dah tak tinggal kt tempat sy p mengurut tu.Mungkin dah balik negara asal..takpun dah takdak...mintak maaf na...Semoga puan2 selamat mengandung bersalin berpantang semuanya......

_________________________________________________________________________________


Masa aku mengandung Adawiah,tak ingat sama ada 3 bulan atau 4 bulan,aku perasan bila aku kencing,ada darah yang mengalir keluar bersama.Ada spotting. Dalam 3 hari macam tu,aku bagitau kat suami aku. Suami aku bagitau mak mertua. Mak suruh kami balik kampung untuk berurut sebab katanya dia ada kenal bidan kampung yg terer bab2 camni.

Mak cerita la berkenaan biras aku yang lepas bersalin,dia terasa mcam ada benda nak keluaq sekali bila dia kencing, 'batu meriyan' tak letak elok katanya. Lepas bidan tu urut,dah ok,dah tak rasa dah cm ada benda nak kuaq.

Tapi aku ni,takut jugak nak 'ser…

Pengalaman Temuduga nak jadi ASKAR ngn POLIS!!!

Nak share pengalaman interview ni..Secara rasminya aku pnh 3x interview dlm usaha nak cari kerja.yang pertama selepas SPM,yg kedua selepas STPM,yg ke3 lepas tamat study kt uum.aku tak minat nk bercerita yg ke3 tu..aku nak cerita pengalaman yg pertama dan kedua.

Pas SPM,abah aku cadangkan kat aku p interview pengambilan askar wanita!!!!..aku pi weh...ingat aku tak p ka????Punyala ramai hari tu..interview kt sek badlishah,kulim.mmg selalu kt ctu.aku tak sure apa share ATM ngn sekolah tu.ehehhehehe...Saringan pertama dia,dia tanya,"sapa yg tak kredit BM,sila keluar drpd dewan"...Dalam hati aku,aku ckpla "Mana da orang tak kredit BM"...Rupanya,sangkaan aku meleset..belambak dah orang keluaq..terkejutnya aku masa tu..aku tak ingat g soalan apa lg depa tny tp mmg orang makin cket la dlm dewan tu (ecceli aku tak berapa ingat dewan ka ekelas ka hapaa)...

Pastu,check fizikal..masuk la dalam bilik tu (kelas ka apaa lagi sekali aku tak sure)...dia check tgok kita ni betoi2 pe…